Thursday, 28 May 2015

SEJARAH PASIR GUDANG...

Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan
Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung berikut telah didirikan:-

1. Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE)
2. Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad)
3. Kampung Hilir
4. Kampung Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.

Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang.

Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu:-
1. Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan).
2. Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan).
3. Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang.
4. Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.

Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

Pada pertengahan abad ke 19, peneroka berbangsa Cina dari suku Teochew telah meneroka lebih jauh ke daratan melalui jalan sungai yang dipenuhi kayu bakau untuk peladang. Kegiatan mereka akhirnya diperakukan melalui 'surat sungai' yang dikeluarkan oleh Sultan Johor yang membenarkan mereka membangunkan kawasan Kangkar Masai, Kangkar Plentong dan Kangkar Lunchu di bawah ketua-ketua sungai yang dipanggil Kangchu. Di tebing-tebing sungai inilah mereka mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.

Kawasan Perindustrian

'Penghulu' merupakan wakil raja yang mengutip cukai untuk barangan yang dibawa keluar dan masuk melalui jalan air. Apabila harga gambir dan lada hitam telah merosot, beberapa pemilik ladang telah cuba mengusahakan tanaman nanas.

Pada awal abad ke 20, tanaman getah mula mendapat perhatian. Pengenalan getah di Malaysia menyebabkan pengusaha-pengusaha British dan Singapura membuka estet-estet yang besar. 
Sehingga 1916, enam buah estet yang meliputi kawasan seluas 15,000 ekar telah dibuka di Mukim Plentong. Kampung Pasir Gudang telah menjadi pusat polis, kastam dan pengawal candu (opium) di samping sebagai pusat bagi penghulu Mukim Pasir Gudang iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan pada tahun 1916. Penubuhan estet-estet juga telah menyebabkan meningkatnya kemasukan pengaruh British dalam sistem perundangan dan pentadbiran negeri Johor. Mereka juga membawa buruh dari Cina dan India untuk bekerja di estet-estet.

Pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan pergerakan gerila selepas perang di kawasan ini tidak memberi kesan besar kepada kegiatan perladangan. Di bawah Undang-undang Darurat pada tahun 1950an, kampung-kampung baru telah diwujudkan di Plentong, Masai dan Pasir Gudang. Buruh-buruh estet telah ditempatkan samada di kampung-kampung baru ini ataupun di berek-berek estet yang dikawal.

Walau bagaimanapun, perniagaan kecil dan aktiviti di perkampungan nelayan telah terjejas dengan teruknya akibat darurat. Semakin ramai bilangan penduduk kampung telah beralih berkerja di estet-estet. Selepas merdeka pula dalam tahun 1950an, Kerajaan telah cuba membebaskan penduduk Melayu yang tidak bertanah daripada belenggu kemiskinan melalui penubuhan skim-skim tanah seperti di Ban Foo, Plentong Baru dan Felda Cahaya Baru.



Kerajaan Negeri seterusnya telah mengambil tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan. Peristiwa ini selanjutnya menjadi latar belakang kepada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Pembangunan ini sangat penting kepada negeri Johor, terutamanya kerana ia melibatkan penubuhan Pelabuhan Johor yang menjadi alternatif kepada pelabuhan yang terdapat di Singapura.

NUR IMAN HOMESTAY

NUR IMAN HOMESTAY ADALAH HOMESTAY, RUMAH TERES 1 TINGKAT  YANG BERADA DI LOKASI :

NO 126,JALAN KIARA 2, TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG, JOHOR.

KAMI MENGALU-NGALUKAN KEDATANGAN ANDA.  BERSESUAIAN BAGI MEREKA YANG MENCARI  PENGINAPAN SEMENTARA YANG LUAS DAN SELESA  SEKIRANYA ANDA BERKUNJUNG KE PASIR GUDANG, JOHOR.



NUR IMAN HOMESTAY  menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:


 1) 2 bilik tidur  
    - Bilik tidur utama dilengkapi 1 set katil kelamin serta tambahan 3 buah toto tebal, 1                  Almari pakaian , bilik air dan tandas serta  penghawa dingin & kipas 
    - Bilik tidur kedua dilengkapi  1 set katil kelamin dan 1 set katil bujang, almari pakaian              beserta penghawa dingin & kipas.  
    - Iron / Seterika. 

2) Ruang tamu dilengkapi  
     - Set kerusi kayu jati  
     - Televisyen   

3) 2 bilik air  termasuk satu di dalam bilik tidur utama  

4) Ruang dapur  dilengkapi:  
     - Meja makan untuk 6 orang 
     -  Peti sejuk - Periuk Nasi Elektrik Sederhana besar 
     - Dapur gas 
     - Penapis air jenama KOREA dengan pilihan air sejuk/ air panas/ air suhu biasa 
     - Peralatan memasak seperti periuk, cawan, pinggan, pisau, kuali dan lain-lain  

5) Ruang garaj kereta (Autogate) boleh memuatkan : 
     - 2 biji kereta berbumbung. 

6) Larangan : -  Penyewa mestilah beragama Islam. -  Makanan "Tidak Halal" adalah dilarang sama sekali......


HUBUNGI :
                  
          EN SYAHROM   : 013-7437881    
          PN SUHAILA      : 019-7179200       
         
HARGA SEHARI  : RM 200 / NIGHT ( Harga boleh dirunding mengikut bilangan hari  dsb )                
ANGGARAN MUATAN : SEHINGGA 7 ORANG                

MASA CHECK IN : 3.00 PM / 3.00 PTG     CHECKOUT : 12.00PM / 12.00 TGH

Kedudukan NUR IMAN HOMESTAY :

- 10 minit ke POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 
- 3 minit ke KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG
- 3 minit ke PASARAYA ECONSAVE
- 15 minit susur keluar/masuk  LEBUHRAYA TOL CAHAYA BARU - SENAI UTARA   - 10         minit    ke Restoran KFC,
-  Berdekatan dengan kedai-kedai seperti Restoran Ruza, Car Wash, bengkel  
    kereta dan lain-lain
- Kurang 5 minit ke Pasaraya KIP-MART
- 10 minit ke Bukit layang-layang 
- 15 minit ke Pasaraya Tesco, Today Market, Mcdonald, Pizza Hut dan lain-lain.
- 30 minit ke Bandaraya Johor Bahru melalui highway EDL

...